Jom Follow!

Wednesday 29 February 2012

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA....


Bersangka baiklah dengan Allah ♥ — =)) (smiles )

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Tuesday 28 February 2012

forever..

I can't continue my journey without you..
because I need you to hold me..


to bring me from the dark to the lights..
you are everything that I dream for a long time..
just you, who can save me from the deep cold..


you are the shine that warming me...
and I know just you, who could teach me the right thing..

you have everything that I need..
you always be my blood to make me alive..


you always be the air that I breathe..

for me just you in my mind, and always you..
forever..

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Monday 27 February 2012

Puisi Untukmu Sahabat...by Najihah Husin

 

Sahabat...
ahh..,dulu ana punya sahabat
ana kata"dulu" sebab hubungan ana dengannya sekarang jauh dari apa yang disebut sebagai "sahabat".Hanya keranana kita terbentur oleh sebuah wacana yang abstrak! jalinan persahabatan itu sekarang hilang...dan hubungan ana dengannya sekarang hanya sebagai teman jauh...Ironis!


Dari kecil kami bersahabat, ternyata jalinan persahabatan yang bertahun-tahun itu musnah,pudar karena kami tak bisa menyatukan Ego2 kami...(crying. . ='( )
untukmu SAHABAT ana tuliskan Puisi ini...;


Bahkan tak ada masa yang mengingatkan ana,
Saat ana jaga erti seorang sahabat
Ana berikan kau cahaya saat kau merasa dalam kegelapan
ana berikan apa saja demi hanya untukmu
demi arti seorang sahabat bagi ana


Wahai sahabat,
Tidak ingatkah wahai engkau kala mimpimu membuat ana menangis..?
Dan kala ana mendengarkan tangismu…
Bahkan kau acuh tak bersuara,


kala kita lewati segala masalah berdua
kita saling membagi duka dan tawa
kala kita menangis bersama
terjebak diantara segala problema hidup


kini setelah sekian lama kita bersama
tak ada lagi sapamu untuk ana
setelah kau temukan kebahagiaan
kau tinggalkan ana dengan kesendirian ana
tak mengapa bagi ana
asalkan kau dapat raih cita-citamu
doa ana selalu menyertai disetiap langkah kakimu


tadi malam kau sempat datang lagi kerumah ana
yang dulu sempat menjadi rumah kedua bagimu
karena kau sering habisi waktu dalam gubuk kecil rumah ana
kini bahkan ana masih menjagamu dari dinginnya malam,
dengan doa-doa ana yg selalu menyebutkan namamu


ini lah akhir dari perjalanan panjang ana,
Menemani mu wahai sahabat
kenangan yang menyimpan sejuta cerita masa,
tentang kita

Selamat jalan wahai sahabat….
Dalam mimpimu ada doa ana menyertai rindu ana…
semoga kau bahagia dengan sahabat barumu..
disana...

p/s : sedihhhhhhhnyerrrrr...

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Sunday 26 February 2012

Kasih Sayang Allah

 

Setiap doa pasti akan dimakbulkan.
 Cuma Allah yang menentukan bilakah doa itu akan dimakbulkan. Hari ini, esok, lusa, tahun depan, masa tua atau di akhirat kelak. Wallahu'alam.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala perihal hamba-hambaNya dan tidak pernah sesekali Allah menzalimi hamba-hambaNya. Hanya hamba yg dhoif, haqir dan faqir yang sentiasa menzalimi diri sendiri dan kepada Allah kita memohon rahmat dan bertawakkal .



Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya


Allah tidak akan pernah berlaku kejam ke atas hambaNya..Dia lebih tahu akan tiap2 sesuatu.... LOVE ALLAH ALL MY HEART..!!


Kasih sayang Allah ke atas hambaNya lebih besar dari kasih ibu kepada anaknya.sesungguhnya Kau maha pengasih maha penyayang..... insyaAllah


Terima Kasih Kerana Membaca!!

Friday 24 February 2012

Solat Jumaat =)


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)

 

Rasulullah bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)


Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (HR Muslim)

Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: “Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Nabi s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai Sulaik, berdiri dan solatlah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Berdasarkan hadis ini, jika seorang muslim memasuki masjid ketika imam sedang menyampaikan khutbah Jumaat, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan meringankannya.

Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)


Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (HR Muslim)


Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." (HR Abu Daud)

Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud)


Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (HR Ahmad)


Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud)

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Tuesday 21 February 2012

BOSAN DAN MENGANTUK DI DALAM KELAS ?

Assalammualaikum..kaifa halukum ukhti wa akhi ??? =)
Alhamdulillah kalau sihat..
ok... semalam ada orang tanya ana ..macam mana nak hilangkan bosan dan mengantuk di kelas??



Anda mesti pernah rasa bosan waktu belajar di dalam kelaskan? Hah, jangan nak menipu, mengaku sajalah…Tak kira kamu masih lagi pelajar sekolah atau sudah pun melanjutkan pelajaran di IPT, perkara begini tidak akan lari dari dalam diri kita. Yelah, kena pula subjek yang dipelajari bukanlah subjek yang kita minati. Boleh jadi juga cikgu, lecturer atau instructor yang mengajar kita tidak pandai melawak atau menghidupkan suasana belajar yang baik menyebabkan kita sendiri berasa bosan setiap kali dia masuk ke kelas dan mengajar. 



Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja
memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.


    Kalaulah ana bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, ana pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.

    Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.


 
    

Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.
 
   

 Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-( Ini satu perkongsian yang positif....)

 
    

1. Bina sikap yang positif.
        Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

    2. Persediaan minda.
        Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
        ana mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, ana yakin ana juga boleh berjaya.

    3. Persediaan perasaan.
        Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

    4. Persekitaran yang sesuai.
        Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

    5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
        Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.


Selain itu,,Ini juga satu perkongsian....tetapi secara negatif lahkan...


1. duduk di belakang.
 kita mudah bosan bila duduk depan sebab asik tengok muka yg sama iaitu lecturer. kadang2 rasa menyampah pon ada. kalau cun cam balak or awek korea takpe gak.
 bila duduk belakang ruang lingkup pemandangan anda lebih luas drp anda duduk di bahagian hadapan. maka, sekiranya anda bosan pandang depan, pandalah ke kiri atau ke kanan. kalau tu pon bosan, alihkan ke sisi atau ke bawah.

 
 

2. bawa laptop/ komik/ sudoku
 semua perkara di atas dapat mengelakkan rasa nak tido bila anda dalam kelas. kerana anda boleh berchatting, surf internet, etc... (ana pon penah juga bawa novel..sampai kena rampas...hikhikhik)


 

3. lukis gambar guru
anda boleh melatih diri anda melakar wajah lecturer anda yg sedang membebel kat depan dgn menggunakan pensil dan buku nota anda. ini juga merupakan cara2 utk mencantikkan lagi notes anda...

4. tak perlu ke kelas
 dah tau ngantuk, tido je la kat rumah... kan senang. tak perlu ana taip tips2 ni dengan susah payah...>_<
kalau anda tido kat rumah, takde la masalah tido di dlm kelas/lecture hall...insyaALLAH.....

Pilihlah jalan hidupmu...nak yang positif atau nak yang negatif....pilihlah warna hidupmu...nak yang putih atau yang hitam....

ada dua cara yg lagi senang...

#andai kata mengantuk dalam kelas, berdirilah....sure ngantuk hilang...sebab macam mana nak tidur tengah berdiri...tp jika ada yg boleh tidur time berdiri tu tak tahulah....hehehe
tp ana dah jumpa dah org yang boleh tidur time diri..classmate ana taun lepas sendiri

#ORANG YG MAKAN TIDAK AKAN TIDUR...
CUBALAH MAKAN GULA2 KER,,,jGN MAKAN NASI SUDAHLER SEMASA BELAJAR..dah melampau tu... :DD amaran: makan gula2 dlm kuantiti yg banayak membahayakan kesihatan"beringat sebelum kena"

seorang murabbi kat skola kawan ana, jika ada yang minta izin utk minum air..
beliau akan menjawab
"jika antum nak makan nasi pun, mualimah benarkan" ^^
paling senang pun tak payah la susah2 nk gi belajar,dok bawah ketiak mak ajer....hehehe (gurauan sahaja ) ini sahaja coretan ana.. selamat beramal..

p/s :
"Jadilah yang tebal itu IMAN,yang nipis itu LIDAH,yang tajam itu AKAL,yang lembut itu HATI,yang ringan itu SOLAT,yang halus itu ILMU dan yang manis itu SENYUMAN..."

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Wednesday 15 February 2012

KEBURUKAN TIDUR MENIARAP

Assalammualaikum...
hurmm.. agak-agak macam mana cara kamu semua tidur ya???
tahukah anda cara tidur meniarap adalah salah....
 
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorg lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur & duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

 
Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas.

Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. ”

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bhw berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ juga telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak- kanak yang tidur meniarap.


Tapi kalau boleh seeloknya tidurlah cara mengiring =)

Wallahua'lam

Terima Kasih Kerana Membaca!!