Jom Follow!

Sunday 29 April 2012

ini lah hakikat........


Assalammualaikum...hurmm da lama tak update blog nie kan ??? nak masuk sebulan dah..coz ana busy dengan fb jer..astaghfirullah :D



Manusia tidak boleh didorong untuk melakukan sesuatu yang Allah larang. Kerana apabila ia dilakukan, nescaya amat susah untuk manusia meninggalkan ia. (fikir sebentar o_0)






‎”Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.” (Riwayat Al-Hakim)
“Jika seorang berzina, maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan apabila ia menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya.” (Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)
” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat menganggu ahli neraka lain kerana sangat busuk.” (Riwayat Al-Bazaar)
“Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaannya sama sahaja.” (Sahih Muslim).
“Awaslah kamu daripada berdua-duaan dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tanganNya. Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya.” (Riwayat At-Tabarani)
“Seorang yang berzina atau minum khamar, maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis(baju) dari kepalanya.”(Riwayat Al-Hakim)
“Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).



Apabila Allah berfirman Jangan menghampiri Zina, jika manusia sudah terjerumus ke dalam kancah zina, maka jalan keluarnya amat susah melainkan dengan keazaman yang kuat.



Iklan, drama dan filem di televisyen juga secara tidak langsung telah menggamit manusia untuk menjadi seperti mereka. Menggamit dan merangsang nafsu. Ditambah lagi dengan persekitaran yang bercampur lelaki wanita. Tidak termasuk lagi bahan bacaan seperti majalah yang bermacam-macam isi. Inilah yang membawa manusia menghampiri zina dan ia perlu dicegah. 

( muhasabah diri ye...betol tak kite buat selama ini??? ana cuma bg nasihat saje..)

 

setiap orang takkan terlepas dari membuat kesalahan kan???? 


# ayat sikit tapi nak taip nya malas lah...hehhehe... sekadar perkongsian dari ana untuk semua ^^..tetapi Alahamdulillah ..siap juga akhirnya.. salammualaik <3

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Sunday 1 April 2012

Dia yang terus setia ^^


Ya Allah, ana temui yang sudi mendengar, tapi hanya kadang kala..
Ya Rabb, ana temui yang sanggup mendengar, tapi ada batas penceritaannya..
Ya Robbul Izzati, tidak ana temui yang sanggup dan terus setia mendengar setiap satu rintihan ana tanpa lelah melainkan Engkau..
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah, kerana terus- terusan ada utk hambaMu ini.. Pimpinlah ana ke SyurgaMu.. amin.. 
After all, that’s what i learnt last 2 days and yesterday..
Days before, i knew the theory.. tapi kali, baru ana sedar betapa bezanya teori and practical!


Yeah,, kita boleh bersandar pada manusia, tapi sampai bila? tak  kan dalam setiap benda kita perlu berharap  pada manusia? Bukankah Allah yang memegang hati kita? Pinta pada Dia sebelum kita pinta pada manusia!
 Yeah,, it’s true the fact that manusia bantu kita buat tu.. buat ni.. tapi harus kita sedar! Bear in mind! Allah yang gerakkan hati dan anggota manusia tu utk bantu kita..


Hmm.. jujurnya, ana cukup terluka dengan kawan ana sorang ni.. waktu dia susah suatu masa dahulu, ana sanggup tinggalkan, korbankan apa saja pada dia, untuk menyalurkan kekuatan pada dia.. fikir ana, kalau bukan kita sesama muslim saling menguatkan dan menguatkan antara satu sama lain, siapa lagi yang akan menghulurkan tangan?
Tapi, hari ni, waktu ana jatuh ditimpa tangga bertimpa2.. ana terima satu jawapan yang cukup melukan hati ana dari sahabat itu.. ana sangkakan, waktu genting sebegini, insyaAllah dia akan bantu ana untuk bangkit seperti mana pernah ana lakukan padanya suatu masa dahulu. Tapi jawapannya cukup mengguris hati dan perasaan ana.. jawabnya: “Masalah saya hari tu baru je settle.. saya tak nak dah serabutkan diri saya, bebankan diri saya dengan masalah2 ni..”
Hmm.. jujur jauh dari sudut hati ana, ana cukup sedih.. terasa diri cukup tak bermakna pada sahabat itu.. tapi, perlu ke ana ungkit tiap satu ‘pengorbanan’ ana pada dia selama ini dengan harapan moga2 dia akan bantu ana?
 
Ana rasa tak perlu ana ungkit pada sahabat itu sehinggakan ana gadaikan tanaman ana waktu dia susah suatu waktu dahulu utk dapatkan perhatian dia hari ini?
Hmm.. nak jaga hati orang lain x sesukar untuk mendidik hati kita sendiri sebenarnya,, utk ikhlas seikhlasnya, sabar sesabarnya, menerima seadanya, berbaik sangka, etc..
Ya Allah, kuatkan lah hambaMu yang lemah ini..


Kurniakanlah ana sepasang mata yang sentiasa  mengalirkan air mata kerana takut dan berharap padaMu.. amin..


Terima Kasih Kerana Membaca!!