Jom Follow!

Wednesday 11 July 2012

Qiraat Sab'ah : Isti'aza




Dari Segi Bahasa Bermaksud
 :Berlindung
Dari Segi Istilah Bermaksud
 :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

Kata
 الناظم Rahimullah : Jika Nak Baca Quran Tak Kira Waktu Tak Kira Tempat Katalah (Isti'azah)
Baca Kuat Pada Mula Ayat
 (Dalil) Surah An Nahl-98



Secara Umum Isti'azah Boleh Di Baca Dengan 3 Cara:

اعوذباالله من الشيطان الرجيم - 

-
اعوذباالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

اعوذباالله من الشيطان -




Pendapat Tentang Tambahanan Dalam Isti'azah :

-Kata Ahli Quran : Tidak Ada Tambahan Dalam
 Isti'azah,Tetapi Hadis Itu Doif.
Tetapi Lebih Soheh Hadis Riwayat
 Abu Daud Dari Abi Said Khudri.

Hadis :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قام من اليل يقول :

اعوذباالله السميع العليم من الشيطا ن الرجيم ,من همزه ونفخه ونفثه


Terdapat Tempat Dibaca Perlahan :
- Ketika Pembaca Membaca Perlahan
- Ketika Solat
- Ketika Duduk Seorang
- Ketika Baca Berjemaah , dan Bukan Orang Pertama Yang Membaca.


Cara Baca Isti'azah Dan Basmallah Ada 4 :

- Berhenti Pada
 Isti'azah , basmallah Dan Awal Surah.
- Berhenti Pada
 Isti'azah Dan Sambungkan Basmallah Dengan Awal Surah.
- Sambung
 Isti'azah Dengan Basmallah Sahaja.
- Sambung Ketiga-Tiga Sekali.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Sunday 1 July 2012

solat sunat Dhuha mendatangkan rezeki...


Rasulullah SAW bersabda,
" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat." 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)



 
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah) 



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Riwayat Al-Tabrani)




Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan?
Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila? 
Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. 
Rasulullah SAW menjelaskan:  
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


Bagaimana cara melaksanakannya?  
Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha.
Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. 

Ana biasanya baca Surah Dhuha pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Itu apa yang mama ajarkan pada saya.
  



Niat Solat Dhuha:
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



Sumber : tayibah.com dan nursyirah




Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) 
adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang


# Bicara Hati Permata Yang Dicari :
Solat Dhuha seharusnya dilakukan kerana Allah SWT bukan kerana mahukan rezeki yang melimpah ruah. Jika niat kita betol hanya kerana Allah SWT, Insya'Allah rezeki itu akan datang dengan sendiri.


Terima Kasih Kerana Membaca!!