Jom Follow!

Tuesday 23 October 2012

Qiraat : Bab Basmalah


Syarah bagi bait 1  dan 2

  •   imam ba' (Qolun) ,ro' ( kisaie ) ,nun (asim) dan dal (ibnu kasir) akan baca basmalah diantara 2 surah.


Cth : .dari surah al - fatihah ke surah al -baqarah...diantara dua-dua surah itu . keempat-empat imam tersebut akan baca basmalah.

  • Imam hamzah pula akan baca dengan wasol tanpa basmalah.

     Cth : Imam Hamzah akan sambung akhir surah al - fatihah dan  al baqarah tanpa basmalah.



Syarah Bait 3 
  •  iman kaf (ibnu amir) ,jim (warsh) dan ha' (abu amru) pula akan baca wasol (sama seperti imam hamzah)  dan juga saktah (berhenti tanpa putus nafas )



Terima Kasih Kerana Membaca!!

Thursday 11 October 2012

DOAKAN YANG TERBAIK !



Doa merupakan tanda pergantungan , pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Allah s.w.t. Dalam Islam , doa dipohon hanya kepada Allah kerana Dia-lah yang maha agung, tiada yang lain yang boleh menerima apa yang dipohon ,,dihajat dan didambakan.

Doa banyak disebut dalam al-quran dan masing2 mmpunyai makna yg tertentu . Menurut Ibn Manzur ,doa bermaksud ‘memohon pertolongan dan perlindungan’ .


Doakan juga simbolik kepada jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan Tuhan . Itulah tanda pengabdian diri yang mutlak dan pengiktirafan hamba. Dalam ayat ke-5 surah al-fatihah ,Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”

Dengan itu,sungguh tidak layak bagi kita memohon untuk memohon kepada yang lain daripada Allah s.w.t. kerana perbuatan meminta atau berdoa selain daripada Allah itu adalah syirik-menyukutukan Allah. Juga, elakkan berdoa kepada sesuatu yg mungkar dan maksiat yg terkeluar daripada syariat Islam .

Diingatkan juga,doa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. kerana memohon kepada Allah adalah pengiktirafan bahawa hanya Allah yang maha berkuasa memenuhi segala hajat manusia.


Namun begitu,memohon sesuatu perkara itu perlu diiringi dengan usaha di samping berdoa untuk memohon sesuatu perkara itu menjadi kenyataan.
Kesimpulannya ,permohonan kepada Allah hendaklah disertai dengan ikhtiar atau usaha . Tanpanya permohonan itu hanyalah impian yg tidak membuahkan hasil.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Sunday 7 October 2012

JOM MUHASABAH DAN TUKAR STAIL HIDUP ISU MENJADI LEBIH MATANG !




Assalammualaikum ...

Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam ruangan yang kecil ini. Harap-harap kawan ana semua telah melakukan perkara-perkara yang sebaik mungkin dan meninggalkan segala larangan sejauh-jauhnya. Dan berbanggalah kita sebagai orang Islam dengan berperangai baik yang boleh menjadi contoh kepada sesiapa sahaja yang melihat .



Namun begitu, Ana harap kawan semua selalulah berhati-hati dalam menempuhi hari-hari yang dilalui...kerana mungkin ada perkara-perkara yang tak elok kita terbuat . Biasalah ....kita kan manusia biasa yang tak sunyi daripada melakukan kesilapan .



Dengan itu ...ada baiknya pada setiap malam sebelum tidur, kita rewind ingatan kita kepada hari yang kita lalui. Kita tengok jika ada perbuatan, percakapan, atau perkara tak elok yang kita dah buat, maka kita berazam untuk kita hinder dan perbaiki pada hari-hari esok yang bakal kita tempuh.

Proses ini dinamakan muhasabah diri . Kita berkira-kira kelakuan kita sebelum ini, dan menyesali akan perbuatan yang buruk , seterusnya kita tukar stail yang lama dengan tingkah laku yang baik di masa hadapan. Seelok-eloknya , kita tiru atau ikot sunnah Rasulullah s.a.w. Sebab dengan mengikuti sunnah , insyaAllah hari-hari yang kita lalui menjadi tenang.


Nak tau?? ....BUATLAH !!!



Ok kali ini ana akan bagi tips untuk muhasabah supaya kita jadi lebih matang . Tip-tip yang sangat baik ini bersumber daripada Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman..

TIPS MUHASABAH

:::  Mulakan dengan amal-amal fardhu . sempurnakan jika terkurang.
:::  Lihat kepada larangsn . taubat jika dah terbuat,istighfar dan jangan diulanh.
:::  Perhatikan jika ada melakukan kelalain . tumpukan konsentrasi dengan fikir dan zikir
:::  Muhasabah anggota seperti mata,lisan,mulut,telinga.dan lain-lain.Apakan ia menjadi saksi                    amalan yang ikhlas lagi soleh atau sebaliknya??
:::  Bersabar dan kukuhkan jiwa tatkala muhasabah


Terima Kasih Kerana Membaca!!

Thursday 4 October 2012

CINTA ITU TELAH MENJERATKU !



“Aku tidak boleh hidup tanpa dia . Aku boleh mati kalau dia pergi . Aku tidak tahu untuk apa hidup di dunia kalau dia meninggalkan aku....”
Indahkan kata-kata tu . kita pasti akan terbang melayang2 seperti layang2 di awan...bila ada orang berkata seperti itu kepada kita . kita pasti akan tersipu2 malu..kemudian mengatakan , “ahhh...jangan macam tu lah..”
Memang tak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan . Apa lagi pada usia remaja , tak seharusnya berlebihan melabuhkan cinta. Orang yang kita cintai itu biasa2 sahaja . ia menjadi sangat luar biasa di depan kita kerana faktor sekeliling yang membuat kita memandang dia seperti itu . Lagu2..kata2 cinta membuat kite rasa berangan2...padahal kalau kita tahu , akibat kata2 seperti itu besar risikonya..
Cuba Tanya diri sendiri. .persoalannya!!! .kalau pasangan kita mati..adakah kita akan mati juga??? Haaaa,,,berkira2lah , siapa yang mahu mati kerana cinta?? Apa lagi di zaman zaman yang moden nie...dari mula lahir samapai akhir saat ,cinta boleh didapatkan dalam hitungan minit !
Kita tak perlu rasa terjerat dengan cinta yang diciptakan sendiri . org yang kita cintai itu belum lagi menjadi suami isteri kita...lalu kenapa kita sangat obsess terhadapnya?
Kita berasa memilikinya penuh seluruh , dan kita juga berasa tlah dilmiliki olehnya.tanpa ada satu pun orang yang boleh mengambilnya, bahkan orang tua sekali pn. Parah bukan?
Lepaskan jerat cinta yang mencekiki leher . kita bebas menentukan apa yang ingin dan akan kita lakukan, kenapa tiba2 rase terkekang?
Cinta tak wajar menghabisi hak kita sebagai seorang remaja yang bebas. Bebas memberi pandangan dan bebas menentukan diri sendiri. Lalu kenapa tiba2 kita menyatakan cinta pada seseorang dan org itulah yg kemudian memegang jalan hidup kita, menentukan lorong hidup yang harus kita tempuh?
Lebih parahnya lagi..jika seseorang yang kita anggap tu kekasih dengan yakin...yg telah mengganti kan posisi ayah kita..yang selama ini berhak mengatur hidup kita. Mengganti posisi keluarga yang selama ini melindungi kita?? Aneh bukan??
Kita punya ayah yang harus diutamakan ...kita juga memiliki keluarga yang harus kita jaga keutuhannya . kekasih kita bukanlah siapa2..;;....
Kita ingin putus ...tapi tak berani ..kita ingin menyudahi kisah cinta monyet tetapa kita tak kuasa melakukannya. Kita ingin menjadi diri kita sendiri ..tetapi kita selalu berasa tak sampai hati...


KITA INGIN MENJADI HAMBA ALLAH YANG SOLEH-SOLEHAH



..tetapi ingatan terhadap kekasih yg akan mghambat hati kita..
Pertanyaannya..samapai bila kita akan begini??? Ana juga pernah alami seperti ini...bukan kamu semua sahaja...
Cinta yang menyapa tak member berkat bg hidup kita ...sebaliknya ..hidup kita serba tidak teratur...serba tak lentur..begini slah begitu juga salah..Hidup bagai dalam sangkar,,seolah enak dan nyaman ..padahal sedih dan menggelisahkan..Tetapi ..apakah kita boleh lepas dari kongkongan itu?? Tidak. Kerana kita tidak sampai hati melakukannya...

MUHASABAH DIRI INI !!!

Terima Kasih Kerana Membaca!!