Jom Follow!

Friday 29 November 2013

sahabat =) ukhuwah fillah



Hidup tidak akan ceria sekiranya kita keseorangan.
Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan,
kita rasa bahagia bila dapat berkawan.


Bersama kawanlah kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan,
menyulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan

.

Alangkah bertuahnya badan jika kita mendapat sahabat yang sejati,
yang memahami diri kita,
selalu menasihatkan bila terlupa,
sentiasa membantu dan mengutamakan perasaan kita,
susah dan senang bersama (^_^)


<3


:') sahabat~ *“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” :')



SAHABAT..... Bukan "1" Tapi Berjuta, Bukan Utk Diguna Tapi Utk Dijaga, Bukan Utk Dimusuhi Tapi Utk Disayangi, Bukan Utk Smntara Tapi Utk Slamanya, Bukan Utk Dilupakn Tapi Utk Diingati, Bukan Utk Ditingglkn Tapi utk Dirindui, Bukan Hanya Disini Tapi Di mana2, Bukan Stakat Ini Tapi Hingga Hujung Nyawa... :-)

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Wednesday 9 October 2013

Revolusi Mesir, Agenda Islam atau Liberal?

Alhamdulillah, forum "Revolusi Mesir, Agenda Islam atau Liberal?" yang disampaikan oleh Ir. Ahmad Solah.

Tiga tanggungjawab pemuda/pemudi yang dinyatakan oleh beliau;

1. Pelajari Islam secara terperinci untuk diamalkan dan disampaikan kepada masyarakat.
2. Faham & kuasai ideologi-ideologi seperti liberal dan sekular supaya kita dapat membongkar segala kecacatan ideologi-ideologi daripada terus berkembang.
3. Usaha & praktikan dalam kehidupan.

*berat tanggungjawab nie kalau tengok keadaan pemuda/pemudi sekarang nie.. Allahuakbar !!
Terima Kasih Kerana Membaca!!

Tuesday 24 September 2013

Mana Mungkin Seorang Pemimpin

Disebabkan tidak ada rasa takut dan cintakan Tuhan di dalam diri, kita sendiri gagal menjadi pemimpin, ayah atau suami, ibu atau isteri yang baik di dalam keluarga tersebut.

Mustahil seseorang boleh mencurahkan kasih sayang dan memberi kebahagiaan kepada orang lain sedangkan dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia.

Mana mungkin seorang ayah hendak memberi kebahagiaan kepada anak-anak dan isterinya sedangkan dia sendiri pun tidak bahagia.
Mana mungkin seorang pemimpin dapat memberi kebahagiaan kepada rakyatnya jika dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia.



Sebab itu, kalau anak-anak yang menjadi masalah, bukan mereka yang harus dipersalahkan tapi kedua ibu bapa merekalah yang bersalah.
Terima Kasih Kerana Membaca!!

Saturday 22 June 2013

Amalanku...



Aku tidak harap dengan amalanku, 
walaupun aku berusaha mengerjakannya..
Aku cuba bermujahadah melaksanakan yang disuruh,
meninggalkan yang ditegah..
Namun yang disuruh tidak sempurna, yang ditegah terbuat juga..
Begitu lemahnya aku..


Bertungkus lumus aku bermujahadah..
Melaksanakan yang diperintah, meninggalkan yang ditegah..
Tidak mampu aku menyempurnakannya..
Aduh! Lemahnya aku..
Aku kecewa.. Aku sedih selalu..


Katalah bukan dengan rahmatMu Tuhan..
Atau bukan dengan kemaafanMu..
Aku hampir putus asa..

Tak mesti rahmatMu yang aku tunggu..
Setidaknya kemaafanMu yang aku pinta..
Aku inikan hambaMu..?
Kalau bukan belas kasihMu, siapa lagi yang mengasihi aku?!

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Friday 14 June 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


 MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
 
Assalammualaikum.. korang tau tak apa makanan kegemaran Rasulullah s.a.w ?? kalau tak tahu .. meh tgk kat bawah nie , ada serba sdikit ilmu yang korg dapat...huhuhuhu :



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.




12. Cuka– makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun. 
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.


“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Thursday 13 June 2013

73 GOLONGAN UMAT AKHIR ZAMAN


Siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw mengenai umatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 golongan sahaja akan masuk syurga, iaitu orang yeng berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

“Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu. (Sahabat-sahabat) bertanya: ‘Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: Mereka yang mengikut landasan yang aku dan sahabatku bawa”.

1. SYIAH= 22 Golongan 

2. KHAWARIJ= 20 golongan 
3. MUKTAZILAH= 20 golongan 
4. MURJIAH= 5 golongan 
5. NAJJARIAH= 3 golongan 
6. JABBARIYAH= 1 golongan 
7. MUSYABBIHAH= 1 golongan

JUMLAH= 72 Golongan

+ 1 Ahli Sunnah Wal Jamaah


Sumber: Akidah Muslimin. Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar al-Sharif. Mesir

Dari itu marilah kita Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Wanita tutup aurat vs perempuan sosial


Assalammualaikum.. hari ini merupakan 4 syaaban 1434 hijraH.,.
nie nak kongsi sikit hadis nabi.. 


Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). 


Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.


Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat..



Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik. Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu..  betulkan?? =)

ingatlah.. WANITA yang mahal adalah yang tidak TUNDUK kepada bisikan syaitan untuk mendedah aurat. 
Peliharalah AURAT kita, kerana diri kita begitu BERHARGA.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Tuesday 11 June 2013

Beribadah sambil buat aktiviti ...


Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)

berapa banyak kita beribadah dalam satu hari??
Allah telah beri kepada kita 24 jam, dalam sehari kita diwajibkan untuk solat 5 waktu, anggaran masa untuk satu solat ialah 7 minit, 7 x 5 = 35 minit.

Jika ibadah kita terhad kepada solat sahaja, total kita tidak beribadah dalam sehari adalah 23 jam 25 minit sahaja!! Sangat sia-sia waktu kita. Allah...sangat rugi.


Kehidupan manusia masa kini sangat sibuk. Penuh dengan pelbagai aktiviti. Jadi, untuk mengelakkan kita daripada mensia-siakan umur kita, kita boleh beribadah walaupun kita sedang melakukan aktiviti seharian.

Beribadah sambil buat aktiviti?? boleh ke??
Boleh, boleh. Sebelum kita melakukan aktiviti, kita hendaklah :


1) berNIAT untuk mendapatkan keredhaan Allah.
2) Pastikan kerja yang kita buat itu TIDAK BERCANGGAH dengan SYARIAT.
3) PERBAHARUI niat
4) Sentiasa INGAT kepada Allah.


#InsyaAllah, dengan ini hari kita tidak akan sia-sia ^^, Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Dakwah itu Everytime



Assalammmualaikum..Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah.. kerana telah Allah limpahkan nikmat dan rahmatnya kepada kita semua.. Hari ini merupakan hari lahir jia yang ke 19 tahun.. ( 11 JUN 1994 )  jiA harap.. jia dapat beribadah dengan Allah dengan lebih banyak.. mudah2an ,,selagi ada kudrat dikandung badan =)).. 

Jia x tau nak buat tajuk ape kat post jia.. jia pakai wt je tajuk dia.. maaf yer.. hehheh... jia harap.. semua dapat ambil iktibar dan ilmu didalm blog jia.. insyaAllah..

Disini ade sikit coretan dari jia..


~Mereka kata jia USTAZAH kerana jia bertudung labuh..
~Mereka kata jia SOLEHAH kerana acap kali jia post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...

TAPI..


Jauh di sudut hati jia,
Mahu saja jia MENANGIS SEKUAT HATI..
JIa SEDANG BERTARUNG dengan diri jia sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Jia masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala jia TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupan jia penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN jia kerana kadangkalanya jia KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut jia tuju..
SEBAK HATI tatkala jia terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIR jia?
Di manakah TEMPAT TERAKHIR jia ?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada dengan jia?
Dengan CARA APAKAH jia mengakhiri cerita hidup jia?

*semoga Allah ampunkan kita dan jadikan kita insan yang sentiasa istiqamah dalam semua hal* insyaAllah

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Saturday 23 March 2013

Orang Melakukan MAKSIAT sentiasa mendapat KERUGIAN !



Orang yang Melakukan MAKSIAT tergolong  mereka yang sangat RUGI! Selain dosa dan balasan di akhirat kelak,maksiat juga akan menyebabkan seseorang itu dilanda musibah seperti berikut :

     MENGGANGGU PERHUBUNGAN ANTARA HAMBA DAN TUHAN
                “ jangan lagi mereka berlaku demikian ! (kalau tidak) mereka pada hari itu tetap terdinding daripada  (rahmat) Tuhannya. ” (Surah al-Mutaffifin,ayat 15)

     BERASA SEMAKIN TERASING DAN BURUK SANGKA TERHADAP TUHAN
                “ (keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah dalam hati mereka, (kecuali) apabila hati mereka hancur luluh. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Taubah, ayat 110)

     BERASA TAKUT DAN GEMENTAR HATI
                “ kami akan isikan hati orang kafir itu dengan perasaan gerun , disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah), yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan tentangnya. Dan nerakalah tempat kembali mereka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang zalim.” (surah al-imran, ayat 151)

     MENGALAMI KESUKARAN HIDUP
               
“Dan sesiapa yang paling ingkar dari ingatan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (surah Thahaa, ayat 124)

     HATI MENJADI KERAS
 
               “maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka. Kami laknatkan mereka , dan kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (Allah) dari tempat yagn sebenardan mereka melupakan sebahagian dari apa yang diperingatkan dengannya...” (surah al-Maidah, ayat 13)

     BERMUKA MASAM, TIDAK BERSERI

     ADANYA SIKAP BENCI YANG KENTAL DI HATI

     REZEKI YANG SEMPIT
               

     MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH, DITIMPA MUSIBAH DAN KESEDIHAN
               
“ ... dengan sebab itu,  sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu dan orang kafir tu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.” (surah al-baqarah, ayat 90)


Terima Kasih Kerana Membaca!!

Sunday 17 March 2013

‎7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI


①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)


⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Terima Kasih Kerana Membaca!!