Jom Follow!

Tuesday 25 December 2012

Aurat Itu Mahkota Wanita ^^




Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna. Allah perintahkan wanita bukan sekadar memakai tudung sahaja,tetapi hendaklah melabuhkan tudungnya hingga menutupi dada..

Contohnya:


#1 pakai tudung tapi... nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 pakai tudung tapi... pakai legging (ketat)

#3 pakai tudung tapi... baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 pakai tudung tapi... baju jarang (tak pakai inner)
#5 pakai tudung almost perfect tapi... nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 pakai tudung tapi... pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 pakai tudung tapi... tak tutup dada (common problem walhal ianya disebut di dalam al-Quran )
#8 pakai tudung tapi... nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
#9 pakai tudung tapi... sanggul tinggi sesangat
#10 pakai tudung tapi... ber-make-up tebal (tabarruj)





Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah .. Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Allah kan?~ 

Hijabkan dirimu sebaik mungkin. Wanita solehah itu sentiasa memelihara auratnya kerana aurat itu ialah mahkota Muslimah.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah,
Diriku bukan setabah Khadijah al-Kubra,
Bukan juga semulia Fatimah Az Zahra,
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumayyah,
Tidak juga seteguh Aisha Humaira.


Kerana diri hanya An-Nisa' akhir zaman,
Dimana Dunia yang terus dipuja,
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama,
Dimana batas sentiasa dileraikan,
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan..
 # Namun ana akan terus berusaha memperbaiki diri demi mendapatkan redha Allah SWT.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: