Jom Follow!

Monday 30 January 2012

#ApA TujUan Kte HidUp KaT DunIa nIe???#

Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:


1. Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". (Az-Zariyat, 51: 56)


2. Sebagai khalifah.
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah, 2: 30)


3. Berdakwah
. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik". (Ali-'Imran, 3: 110)

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Sunday 29 January 2012

‎JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" =)


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Saturday 28 January 2012

24 PERINGATAN BUAT WANITA ISLAM..

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya. 11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:


i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.


20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"


a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

e. Ingat kepada Allah SWT

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.

Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.

g. Minta talak.

h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita: 


a. Mengekalkan malu pada suaminya.

b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya.

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.

l. Memuliakan keluarga suaminya.

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.


Ambillah buat wanita2 dan para bakal suami atau suami di luar sana,,,^_^
Terima Kasih Kerana Membaca!!

Friday 27 January 2012

::..Dalam hatiku ada DIA dan dalam hatimu pun ada DIA...."


"... Ana PINJAM sekeping hati, hati yang bukan milik ana tapi hati MILIK Dia


..oleh itu, carilah REDHA daripadaNya kerana di dalam keredhaan Allah, 

terselit cintaNya yang agung..jangan pernah jauh daripada cintaNya...." ♥♥♥

Terima Kasih Kerana Membaca!!

MUHASABAH DIRI =)


Bagaimana sikap kita dgn janji temu (solat) dgn Allah?
Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat????
 

1) Jika YA, itu pertanda yang kita cintakan Allah.
2) Sekiranya setiap kali menjelang solat kita telah siap sedia berwuduk,menungu di saf hdpan dgn pakaian yang paling bersih,ditambah dgn haruman minyak wangi....ALHMADULILLAH,itu petanda CINTA
3) Jika kesempatan "dating" dgn kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketika,maka seharusnya lebih2 lagi dgn Allah y kita cintai
4) Jika solat lewat(apatahlagi langsung tidak solat),dtng dgn ENGGAN,MUKA MASAM,BERAT TULANG dab PAKAIAN SERABUT, itu PETANDA TIDAK CINTA.TIDAK FOKUS,sambIl LEWA pula. SOlat mahu selesai cepat.Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dlm pertemuannya dgn kekesihnya.????
5) Adakah seorang kekasih smpai lewat utk jannji temunya..???
6) Atau berpakaian SERABUT,KUSUT MASAI dan BERBAU ketika menemui kekasihnya??? TIDAK MUNGKIN…tetapi jika itulah sikap kita,ertinya kita TIDAK CINTA kepada kekasih itu.
7) Maka begitulah juga ukuran cinta kita kpd Allah..perlu ada RINDU,BKN Jemu utk BERTEMU. 
KALAU CINTA,SUKA ….. 

• apabila DISURUH…seseorang kekasih sentiasa suka disuruh oleh kekasihnya.kesusahan walau sebesar mana tidak diperkirakan.Asalkan maksud kekasih dipenuhi,tidak kira apa akan itempuhi (katanya lautan api pon snggup direnangi).oleh krn amat suka disuruh,hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak disuruh.
• Bila lagi?Apa lagi?begitulah detik hati selalu.Pantang disuruh,mcm lipas kudung,segera dilaksanakan. Begitulah orng y cintakan Allah.Bila ada sesuatu disuruh buat,terus buat.
• Tanpa tanya-tanya lagi.apabila sesuatu disuruh tinggal,terus ditinggalkan.Sami'na wa ato'na(kami dgr dan kmi taat)ITULAH BUKTI CINTA.seberang suruhan dripada Tuhan akan segera dilaksankan.
• MALAS<LETIH<SUSAH<SAKIT<MISKIN n lain2 tidak menjadi halangan.
• Bagaimanakah kita..??? Mereka ini sentiasa proaktif n mencari apa lgi suruhan Tuhan y hendak dilaksanakan.Bila dpt laksanakan,alangkah BAHAGIANYA dirasakan. 
• Sekarang,apa respon kita terhadap perintah Allah n laranganNYa???YA,mugkin kita melaksankan,namun apakah hati kita suka ketika melakukanya..??? cth,solat subuh.Ya,memang kita telah solat subuh,tetapi apakah kita suka n ceria ketika melaksankannya.CERMIN MUKA KITA.......apakah TERSENYUM RIA setiap kali bangun subuh??? atau MASAM MENCUKA,MELANgkah kebilik air dgn langkah MALAS,LESU dan TERPAKSA????? 
• JIka anda rasa terpaksa bngun solat.itu PETANDA BELUM CINTA. BESAR BEZANYA antara orang y mengatkan "I HAVE TO PRAY (saya kena solat) dgn orng y bkata I NEED to PRAY (saya perlu solat) kedua2nya adlah sma solat.tetapi seorang krn SUKa. seorng lagi kerana TERPAKSA.yang sorang SUDAH CINTA,y sorang lgi BELUM CINTA. 
• Cukuplah dgn dua tanda itu sebagai ukurtara APAKAH KITA SUdah CINTAKAN ALLAH atau BELUM??????? 
• Tanyalah kpd hati nurani,berhakimkanlah kpd diri sendiri.Apakah kita memiliki dua ciri tersebut..??? jika tidak,itu menunjukkan kita TIDAk atau BeLUM CINTAKAN ALLAH.

(AYUH SAHABAT-SAHABATKU!!! KEMBALI KEPADA ALLAH!!! )

-ISLAM IS MY LIFE-

Terima Kasih Kerana Membaca!!

Thursday 26 January 2012

Andai dia milikku =)

Oh Tuhan seandainya telah kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku,Ya Allah kumohon apa yang telah kau takdirkan ku harapkan dia adalah yang terbaik buatku, Ya tuhanku yang maha pemurah, berikan ku kekuatan dan jua harapan....

setelah bertaut kasih kita dengan ikatan suci , sedar lah tanggungjawab dirimu sebagai ketua dan
sebagai suami yang membimbing isterinya ke jalan yang diredhai Allah
sekali lagi ku lampirkan secebis nota buatmu
" hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita . Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kamu dengan isterimu nanti . Jangan mengharapkan ketaatan isteri , sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagi hamba - Nya
 
  
hidup kita bahagia dengan kehadiran permata yang bakal kita didik untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, kini dirimu telah memegang title sebagai ayah, bertambah lagi tanggungjawab mu sebagai seorang ketua keluarga
dengan rasa besar hati dan rasa hormatku 
nota terakhir ku berikan padamu
" hadiah terbaik seoranag ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka . cintailah isteri nescaya anak - anak akan mencintai kita . jangan sekali - kali memisahkan kasih antara anak dan ibu , nanti putus pula kasih antara anak dan bapa. 
..............................    
buat  pendamping ku yang akan datang..
yang bakal menjadi suami ku dan ayah pada anak - anak ku
jadikan lah secebis nota ini untuk menjadi panduan dalam hidup kita

= Mencambah kasih persis bayangan kasih hati Nabi , membugar cinta tanpa sangsi . Iman dirai , perjalanan hidup bertambah kukuh lagi . Bagaikan cinta Aisyah , pengorbanan buat pencinta agung yang membawa cinta terus kepada Ilahi =)

Terima Kasih Kerana Membaca!!