Jom Follow!

Sunday 15 January 2012

Berjabat tangan antara lelaki dengan wanita =)

Assalammualaikum..hari ini ana nak cakap sikit tentang berjabat tangan antara lelaki dan wanita...


Berjabat Tangan Dengan Perempuan Bukan Mahram Menurut 4 mazhab


Mazhab Hanafi
- Haram menyentuh wajah dan dua telapak tangan perempuan bukan mahram,
sekalipun aman dari syahwat.
- Berjabat tangan dengan perempuan tua yang sudah tidak bersyahwat lagi; At-
Thahawi berkata tidak mengapa. Manakala Syamsudin Ahmad bin Qaudar berkata
tidak halal sekalipun aman dari syahwat.


Mazhab Maliki
- Haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram. Ini dinyatakan oleh al-
Imam al-Baaji, al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi dan As-Shawi.
- Hukum berjabat tangan dengan perempuan tua, menurut Syeikh Abul Barakat
Ahmad bin Muhamad bin Ahmad ad-Durdair ia tidak dibenarkan.


Mazhab Syafi’i
- An-Nawawi di dalam beberapa karyanya, as-Syaribini dan lain-lain ulama as-Syafi’I
menyatakan haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.
- Dibenarkan menyentuh perempuan bukan mahram ketika dalam keadaan darurat,
seperti ketika berubat, pembedahan, mencabut gigi dan sebagainya, seandainya ketika
itu tidak ada perempuan yang boleh melakukannya.


Mazhab Hambali
- Imam Ahmad ketika ditanya tentang masalah berjabat tangan dengan perempuan
bukan mahram, beliau menjawab: “Aku membencinya.”
- Berjabat tangan dengan perempuan tua; Imam Ishaq bin Mansur al-Marwazi
menukil dari imam Ahmad, ia tidak dibenarkan. Sementara Ibnu Muflih menyatakan;
pemilik an-Nazham mengatakan makruh dan dengan anak kecil dibolehkan dengan
tujuan menyemai budi pekerti.


Wasallam.


Terima Kasih Kerana Membaca!!

3 comments:

AMIRAH95 said...

mcm mana akak buat blog yg comel ni...saya dah ada tp xcomel sngt...

Najihah Husin said...

huhuhu...kamu ikot jer kt web tutorial blog..

AMIRAH95 said...

dah wat dah....huhuhu
comel ke...