Jom Follow!

Tuesday 24 January 2012

Bagaimana hati kita ini membaca ayat-ayat Allah..???


~Sesungguh gunung itu secara fizikalnya keras, teguh dan tinggi...tapi andai Al Quran itu diturunkan kepadanya, ia akan hancur dan runtuh ketakutan. 



~Namun Al quran itu telah dipilih oleh Allah untuk diturunkan kpd hati2 manusia yg secara fizikalnya lembik dan lemah. Andai hati ini jika tidak terlindung oleh tulang2 dada, pasti ia menjadi ranap. Tapi, walaupun lembik... hakikatnya ada hati yang secara spiritualnya begitu keras dan tidak mahu tunduk kepada AlQuran. 
"Kalau sekiranya kami turunkan al Quran itu kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir" (Al hasyr:21)

~Hati yang lembut, lunak & tidak sombong pasti terkesan bila mendengar ayat2 Al Quran. Paling tinggi, ialah bilamana Al Quran itu mampu merubah seluruh peribadi
insan. Inilah yang telah terjadi kepada generasi Alquran dizaman Rasulullah saw.

~Maka, mari kita renungi diri kita sendiri..bagaimanakah keadaan hati kita tatkala Alquran itu kita baca, dengar dan hayati...apakah ia bertukar dari lembik kepada sekeras batu?...atau seumpama " sponge" yang dapat menyerap segala intisarinya?

Renung-renungkan...Barakallah<3

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: