Jom Follow!

Tuesday 24 January 2012

Bagaimana hendak melakukan perubahan???

Assalammualaikum..
boleh tak ana bahasa diri kamu semua dengan korang..???huhuhu.. ok lah.. 
Adakah korang  rasakan bahawa diri korang sukar untuk membuat perubahan? ada mempunyai  penyakit Malas atau lebih dikenali vitamin M (bak kata madam sekolah ana lahh)..hehehhe
 Bagaimana dengan tabiat buruk korang? Kemungkinan korang pernah terfikir dan berusaha untuk melakukan perubahan. Namun, hasilnya tak kemana. Nasihat ana, jangan putus asa.
 Apapun, tahniah kerana cuba untuk berubah. Sebenarnya nak berubah ada caranya dan MUNGKIN sekali korang telah melakukannya dengan cara yang salah.
 Sekarang, mari ana tunjukkan korang satu strategi perubahan yang lebih ‘direct to the point. Kurang jelas? Baiklah, sebenarnya ana memperkatakan tentang MINDA korang..
Tahukah korang??? personaliti, tabiat, perangai, bahkan kehidupan korang, banyak dipegaruhi oleh minda bawah sedar korang? Buang sampah merata-rata dengan selamba tanpa rasa bersalah, tabiat panjang tangan, pemalu berlebihan, dan sikap-sikap negatif yang lainnya semuanya disebabkan oleh minda kita yang telah diprogramkan dengan sedemikian rupa.
 Ya, korang telahdiPROGRAMkan! Tetapi siapa pula yang programkan minda kita? Jawabnya adalah pengalaman yang telah kita lalui. Dari korang lahir sehingga ke waktu ini, diri korang telah terdedah dengan rangsangan-rangsangan tertentu dari persekitaran korang sehingga ia mempengaruhi minda korang.
 Akhirnya, minda korang yang telah ter’program’ ini memberi bentuk pada sikap dan tingkahlaku korang, serta bagaimana cara korang berfikir. Jika programnya baik tak apa juga, tapi jika minda korang telah ter’program’ untuk menghambat diri korang dari mencipta kejayaan, nampaknya korang harus lakukan sesuatu untuk mengubahnya!
CARA memprogram semula minda korang:
  1. Pertama korang harus berada dalam keadaan yang sangat tenang, sangat damai, sangatrileks.
  2. Kedua, korang perlu menyediakan saranan yang positif untuk korang berikan pada minda korang. (Harus tahu perubahan apa yang korang inginkan!)
  3. Apabila korang sudah mula merasakan ketenangan yang mendamaikan jiwa anda, berikan pada minda dan tubuh korang saranan positif dengan menyebutkannya dalam hati secara berulang sebanyak 3 kali atau lebih.
  4. Ulang dan amalkan proses ini sehingga korang merasakan keberkesanannya
  5. Percaya dengan yakin bahawa korang benar-benar telah melakukan proses ini dengan berkesan.
Kenapa mudah sangat? Sebenarnya ana tidak mahu membebankan korang dengan pelbagai terma serta konsep yang memeningkan kepala. Apa yang penting adalah bagi ana untuk menunjukkan proses yang betul untuk hasil yang baik. ana cadangkan agar korang melakukan amalan ini pada waktu malam, ketika korang mula baring untuk tidur ataupun ketika korang baru sedar dari tidur.
Sebenarnya banyak lagi kaedah yang lain, namun ana berikan kaedah yang paling mudah untuk korang amalkan. Walaupun kaedahnya mudah, hasilnya gempak..insyaALLAH =)
Selamat mencuba!

Terima Kasih Kerana Membaca!!

4 comments:

AMIRAH95 said...

Suka sngt2 tajuk ni....

Najihah Husin said...

huhuhu...thanks..kunjung2 lah selalu

AMIRAH95 said...

yelah...hahaha
tp esok xleh..n smpai 2minggu lg..dah dpt asrama..so duduk kt asrama ler..

Najihah Husin said...

hahhaha...kesian nyer...huhuhu..soryy..blaja tol2 tau