Jom Follow!

Wednesday, 9 May 2012

Bagi UbAT PadA Jiwa !




Assalammualaikum kepada pembaca di blog ana...


Harap semua sihat-sihat belaka dan ceria =) . Jangan ada yang berjiwa kosong pula.Kalau rasa jiwa macam nak kosong , cepat-cepat isikan dengan ayat-ayat al-Quran , berzikir dan melakukan amal kebaikan lain .
ok..untuk kali ini..ana dengan sukarelanya dari hati yang penuh taman ini (jiwang sikit pe salahnya ><) , ingin berkongsi sedikit tip yang mungkin boleh digunapakai oleh semua pembaca blog ana yang ceria ini ^^ . kalau tak nak gunapakai  pun tak apa..jnji boleh simpanpakai untuk dgunapakai di masa akan datang. Cuma ana harap jgn pkai buang sudah  ..!


Seperti yang semua tahu ..kalau ada yang tak tahu tu ana beritahu..maksud jiwa kosong ini ialah kemurungan..tidak kiralah kemurungan itu dsebabkan stress belajar sehingga ‘blur’ ..ataupun cinta yang tidak terbalas sama macam pungguk merindu bulan ( sebab bulan tak kenal pun siapa si pungguk!) ..ataupun dsebabkan x ade rakan or family yg dapat member kebimbingan ketika dalam kesusahan .Perasaan pesakit jiwa kosong ini amat dan terlalu mrendah diri . kesian kan ...==


Pertama : meninggalkan ucapan yang tak perlu (nti dia akan diberi hikmah)
Kita boleh bercerita dan brcakap dengan senang hati dan apa je yg trlintas tapi pastikan hasilnya mempunyai ilmu walaupun sedikit . contoh lah kan ..” ek..awak tu Negara mana yg x de ‘jalan’ ? tak tau...haaa...jawapannya Norway!”Kan sekurang-kurangnya dia menyebut sebuah Negara di sana . Nak tau ? Cuba Google .



Kedua : meninggalkan penglihatan yang tak perlu ( nti dia akan bersihkan hatinya )
Sudah tentu kita nak tengok apa saja yang ada depan mata sebab kita dianugerahkan mata . tapi berpada2 lah .  Gunakannya untuk mmbaca al-quran , buku pelajaran dan apa saja yang elok . Ana pesan bukan bermakna masa berjalan . kita pandang bawah sahaja..buatnya ada tiang di depan tak ke naya ..hehhe.


Ketiga : meninggalkan makan yg berlebihan ( nti dia diberi nikmat ibadah )
Kadang2 org yg murung kuat makan..jenis yg sama dgan badak . tapi kalau nak mkn tu makanlah..x ade siapa nk haling .Cuma jgnlah bila ada makanan lbih smuanya  nk disapu bersih . k your think ! kita mkn untuk hidop bukn hidup untuk mkn...


Keempat : meninggalkan cinta kepada dunia  ( nti dia akan dberi cinta kepada syurga..nikmat bukan ?? ^^)
Yg ini berkenaan dgn berkhayal trhadap kseronokan shingga boleh digelar ‘lupa akhirat’ (bukan mcm selalu org sebut ‘lupa dunia’ ) .  tgok wayang lupa akhirat ,tgok konsert lupa akhirat , tgok bola lupa akhirat . bgilah pluang tgok apa yg berlaku di akhirat kelak...dgr2 kuliah ustaz selalu..

Kelima : meninggalkan kelakuan membuka aib org ( nti dia dberi pluang mmbaiku dri )
Bg kawan2 yg suka kutuk org lain . biasanya org begini hatinya penuh dgan perasaan iri hati .pantang org lain lebih sikit,,ada saja cerita mengaibkan orang .Eh...emosi pulak ana nie..sebenarnya ana penah mgalami situasi nie...hurmmm...okey x per,,jaga mulut dan perbuatan jgn sampai dianaiya oleh hati yg busuk .
Oklah..cukuplah smpai disini sahaja ana membebel  melalui tulisan yg x seberapa ini . ana pon nk jaga kelakuan ana juga supaya tidakterlalu mgikut emosi shingga mmbawa kepada kburukan akhlak . nti x pasal jiwa ana jadi kosong..siapa nk tanggung???


Akhir kata untuk kali ini ...bacalah al-Quran dan fahamilah ayat2nya..kerana ubat yg paling mujarab untuk jiwa yg kosong ialah bait2 ayat al-quran ...ia tersimpan dlm hati bgi yg mmbacanya dan seterusnya mgalir darah ke seluruh tubuh yg mgerakkan anggota melakukan perbuatan yg baik..insyaAllah ... =))

# esok ana dah masuk belajar kt tahfiz...doakan ana tabah bila maksud tahfiz nanti ya...Assalammualaikum...

Terima Kasih Kerana Membaca!!

2 comments:

sHiMi sHinHae~ said...

jika jiwa kacau ~al quran lah ketenangan :)

GrApE@KhAiRuL said...

btul 2...tenangkan hati dgn mmbaca al-Quran..insya-Allah..:D