Jom Follow!

Saturday 23 March 2013

Orang Melakukan MAKSIAT sentiasa mendapat KERUGIAN !



Orang yang Melakukan MAKSIAT tergolong  mereka yang sangat RUGI! Selain dosa dan balasan di akhirat kelak,maksiat juga akan menyebabkan seseorang itu dilanda musibah seperti berikut :

     MENGGANGGU PERHUBUNGAN ANTARA HAMBA DAN TUHAN
                “ jangan lagi mereka berlaku demikian ! (kalau tidak) mereka pada hari itu tetap terdinding daripada  (rahmat) Tuhannya. ” (Surah al-Mutaffifin,ayat 15)

     BERASA SEMAKIN TERASING DAN BURUK SANGKA TERHADAP TUHAN
                “ (keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah dalam hati mereka, (kecuali) apabila hati mereka hancur luluh. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Taubah, ayat 110)

     BERASA TAKUT DAN GEMENTAR HATI
                “ kami akan isikan hati orang kafir itu dengan perasaan gerun , disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah), yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan tentangnya. Dan nerakalah tempat kembali mereka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang zalim.” (surah al-imran, ayat 151)

     MENGALAMI KESUKARAN HIDUP
               
“Dan sesiapa yang paling ingkar dari ingatan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (surah Thahaa, ayat 124)

     HATI MENJADI KERAS
 
               “maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka. Kami laknatkan mereka , dan kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (Allah) dari tempat yagn sebenardan mereka melupakan sebahagian dari apa yang diperingatkan dengannya...” (surah al-Maidah, ayat 13)

     BERMUKA MASAM, TIDAK BERSERI

     ADANYA SIKAP BENCI YANG KENTAL DI HATI

     REZEKI YANG SEMPIT
               

     MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH, DITIMPA MUSIBAH DAN KESEDIHAN
               
“ ... dengan sebab itu,  sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu dan orang kafir tu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.” (surah al-baqarah, ayat 90)


Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: