Jom Follow!

Tuesday 11 June 2013

Dakwah itu Everytime



Assalammmualaikum..Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah.. kerana telah Allah limpahkan nikmat dan rahmatnya kepada kita semua.. Hari ini merupakan hari lahir jia yang ke 19 tahun.. ( 11 JUN 1994 )  jiA harap.. jia dapat beribadah dengan Allah dengan lebih banyak.. mudah2an ,,selagi ada kudrat dikandung badan =)).. 

Jia x tau nak buat tajuk ape kat post jia.. jia pakai wt je tajuk dia.. maaf yer.. hehheh... jia harap.. semua dapat ambil iktibar dan ilmu didalm blog jia.. insyaAllah..

Disini ade sikit coretan dari jia..


~Mereka kata jia USTAZAH kerana jia bertudung labuh..
~Mereka kata jia SOLEHAH kerana acap kali jia post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...

TAPI..


Jauh di sudut hati jia,
Mahu saja jia MENANGIS SEKUAT HATI..
JIa SEDANG BERTARUNG dengan diri jia sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Jia masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala jia TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupan jia penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN jia kerana kadangkalanya jia KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut jia tuju..
SEBAK HATI tatkala jia terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIR jia?
Di manakah TEMPAT TERAKHIR jia ?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada dengan jia?
Dengan CARA APAKAH jia mengakhiri cerita hidup jia?

*semoga Allah ampunkan kita dan jadikan kita insan yang sentiasa istiqamah dalam semua hal* insyaAllah

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: