Jom Follow!

Tuesday 11 June 2013

Beribadah sambil buat aktiviti ...


Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)

berapa banyak kita beribadah dalam satu hari??
Allah telah beri kepada kita 24 jam, dalam sehari kita diwajibkan untuk solat 5 waktu, anggaran masa untuk satu solat ialah 7 minit, 7 x 5 = 35 minit.

Jika ibadah kita terhad kepada solat sahaja, total kita tidak beribadah dalam sehari adalah 23 jam 25 minit sahaja!! Sangat sia-sia waktu kita. Allah...sangat rugi.


Kehidupan manusia masa kini sangat sibuk. Penuh dengan pelbagai aktiviti. Jadi, untuk mengelakkan kita daripada mensia-siakan umur kita, kita boleh beribadah walaupun kita sedang melakukan aktiviti seharian.

Beribadah sambil buat aktiviti?? boleh ke??
Boleh, boleh. Sebelum kita melakukan aktiviti, kita hendaklah :


1) berNIAT untuk mendapatkan keredhaan Allah.
2) Pastikan kerja yang kita buat itu TIDAK BERCANGGAH dengan SYARIAT.
3) PERBAHARUI niat
4) Sentiasa INGAT kepada Allah.


#InsyaAllah, dengan ini hari kita tidak akan sia-sia ^^, Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: