Jom Follow!

Saturday 22 June 2013

Amalanku...



Aku tidak harap dengan amalanku, 
walaupun aku berusaha mengerjakannya..
Aku cuba bermujahadah melaksanakan yang disuruh,
meninggalkan yang ditegah..
Namun yang disuruh tidak sempurna, yang ditegah terbuat juga..
Begitu lemahnya aku..


Bertungkus lumus aku bermujahadah..
Melaksanakan yang diperintah, meninggalkan yang ditegah..
Tidak mampu aku menyempurnakannya..
Aduh! Lemahnya aku..
Aku kecewa.. Aku sedih selalu..


Katalah bukan dengan rahmatMu Tuhan..
Atau bukan dengan kemaafanMu..
Aku hampir putus asa..

Tak mesti rahmatMu yang aku tunggu..
Setidaknya kemaafanMu yang aku pinta..
Aku inikan hambaMu..?
Kalau bukan belas kasihMu, siapa lagi yang mengasihi aku?!

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: