Jom Follow!

Sunday 29 April 2012

ini lah hakikat........


Assalammualaikum...hurmm da lama tak update blog nie kan ??? nak masuk sebulan dah..coz ana busy dengan fb jer..astaghfirullah :D



Manusia tidak boleh didorong untuk melakukan sesuatu yang Allah larang. Kerana apabila ia dilakukan, nescaya amat susah untuk manusia meninggalkan ia. (fikir sebentar o_0)






‎”Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.” (Riwayat Al-Hakim)
“Jika seorang berzina, maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan apabila ia menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya.” (Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)
” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat menganggu ahli neraka lain kerana sangat busuk.” (Riwayat Al-Bazaar)
“Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaannya sama sahaja.” (Sahih Muslim).
“Awaslah kamu daripada berdua-duaan dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tanganNya. Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya.” (Riwayat At-Tabarani)
“Seorang yang berzina atau minum khamar, maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis(baju) dari kepalanya.”(Riwayat Al-Hakim)
“Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).



Apabila Allah berfirman Jangan menghampiri Zina, jika manusia sudah terjerumus ke dalam kancah zina, maka jalan keluarnya amat susah melainkan dengan keazaman yang kuat.



Iklan, drama dan filem di televisyen juga secara tidak langsung telah menggamit manusia untuk menjadi seperti mereka. Menggamit dan merangsang nafsu. Ditambah lagi dengan persekitaran yang bercampur lelaki wanita. Tidak termasuk lagi bahan bacaan seperti majalah yang bermacam-macam isi. Inilah yang membawa manusia menghampiri zina dan ia perlu dicegah. 

( muhasabah diri ye...betol tak kite buat selama ini??? ana cuma bg nasihat saje..)

 

setiap orang takkan terlepas dari membuat kesalahan kan???? 


# ayat sikit tapi nak taip nya malas lah...hehhehe... sekadar perkongsian dari ana untuk semua ^^..tetapi Alahamdulillah ..siap juga akhirnya.. salammualaik <3

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: