Jom Follow!

Thursday 11 October 2012

DOAKAN YANG TERBAIK !



Doa merupakan tanda pergantungan , pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Allah s.w.t. Dalam Islam , doa dipohon hanya kepada Allah kerana Dia-lah yang maha agung, tiada yang lain yang boleh menerima apa yang dipohon ,,dihajat dan didambakan.

Doa banyak disebut dalam al-quran dan masing2 mmpunyai makna yg tertentu . Menurut Ibn Manzur ,doa bermaksud ‘memohon pertolongan dan perlindungan’ .


Doakan juga simbolik kepada jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan Tuhan . Itulah tanda pengabdian diri yang mutlak dan pengiktirafan hamba. Dalam ayat ke-5 surah al-fatihah ,Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”

Dengan itu,sungguh tidak layak bagi kita memohon untuk memohon kepada yang lain daripada Allah s.w.t. kerana perbuatan meminta atau berdoa selain daripada Allah itu adalah syirik-menyukutukan Allah. Juga, elakkan berdoa kepada sesuatu yg mungkar dan maksiat yg terkeluar daripada syariat Islam .

Diingatkan juga,doa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. kerana memohon kepada Allah adalah pengiktirafan bahawa hanya Allah yang maha berkuasa memenuhi segala hajat manusia.


Namun begitu,memohon sesuatu perkara itu perlu diiringi dengan usaha di samping berdoa untuk memohon sesuatu perkara itu menjadi kenyataan.
Kesimpulannya ,permohonan kepada Allah hendaklah disertai dengan ikhtiar atau usaha . Tanpanya permohonan itu hanyalah impian yg tidak membuahkan hasil.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: