Jom Follow!

Sunday 7 October 2012

JOM MUHASABAH DAN TUKAR STAIL HIDUP ISU MENJADI LEBIH MATANG !




Assalammualaikum ...

Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam ruangan yang kecil ini. Harap-harap kawan ana semua telah melakukan perkara-perkara yang sebaik mungkin dan meninggalkan segala larangan sejauh-jauhnya. Dan berbanggalah kita sebagai orang Islam dengan berperangai baik yang boleh menjadi contoh kepada sesiapa sahaja yang melihat .



Namun begitu, Ana harap kawan semua selalulah berhati-hati dalam menempuhi hari-hari yang dilalui...kerana mungkin ada perkara-perkara yang tak elok kita terbuat . Biasalah ....kita kan manusia biasa yang tak sunyi daripada melakukan kesilapan .



Dengan itu ...ada baiknya pada setiap malam sebelum tidur, kita rewind ingatan kita kepada hari yang kita lalui. Kita tengok jika ada perbuatan, percakapan, atau perkara tak elok yang kita dah buat, maka kita berazam untuk kita hinder dan perbaiki pada hari-hari esok yang bakal kita tempuh.

Proses ini dinamakan muhasabah diri . Kita berkira-kira kelakuan kita sebelum ini, dan menyesali akan perbuatan yang buruk , seterusnya kita tukar stail yang lama dengan tingkah laku yang baik di masa hadapan. Seelok-eloknya , kita tiru atau ikot sunnah Rasulullah s.a.w. Sebab dengan mengikuti sunnah , insyaAllah hari-hari yang kita lalui menjadi tenang.


Nak tau?? ....BUATLAH !!!



Ok kali ini ana akan bagi tips untuk muhasabah supaya kita jadi lebih matang . Tip-tip yang sangat baik ini bersumber daripada Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman..

TIPS MUHASABAH

:::  Mulakan dengan amal-amal fardhu . sempurnakan jika terkurang.
:::  Lihat kepada larangsn . taubat jika dah terbuat,istighfar dan jangan diulanh.
:::  Perhatikan jika ada melakukan kelalain . tumpukan konsentrasi dengan fikir dan zikir
:::  Muhasabah anggota seperti mata,lisan,mulut,telinga.dan lain-lain.Apakan ia menjadi saksi                    amalan yang ikhlas lagi soleh atau sebaliknya??
:::  Bersabar dan kukuhkan jiwa tatkala muhasabah


Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: