Jom Follow!

Thursday 2 February 2012

Ana Tergolong dalam kelompok bunga yang mana??


Petang tadi terlihat kepada ana sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Ana cuba mendekatinya tapi niat ana terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemari ana.

Ana cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Ana mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa ana sentuh lalu ana terlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dari ana.

Ana menghampiri bunga itu.

Ia nampak cantik dari jauh. Ana lihat batangnya yang tidak berduri, lalu ana sentuh dan ana cuba menciumnya tapi tak lama kemudian ana lepaskannya.

Baunya cukup membuatkan ana loya lalu ana terdengar suara manusia lain dibelakang ana; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.

Ana mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Ana hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.

Pada masa yang sama ana terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dari ana.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hati ana melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Ana tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi ana lihat.

Ana mula bermonolog..

Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Ana melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ana bingkas bangun.

Siapakah ana?

Ana tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba ana menangis merenung diri ana sendiri…

Ya Allah! Jadikanlah ana bunga idaman para mujahid… bunga idaman agama! Ana mahu kelopak ana indah tanpa sedikit pun kotoran. Jadikanlah ana wanita solehah, wanita mukminah!”

Moga diri ana seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Ana ingin menjadi bunga idaman Islam.

INSYAALLAH ^^

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: