Jom Follow!

Sunday, 12 February 2012

Perasaan Hasad Dengki ( PHD) ????

Assalammualaikum..
kaifa halukum ukhti wa akhi...
sihat??? Alhamdulillah ^^

ermmmm.. PHD?? 
ape tu?

nak jadi doktor ke??? eh hhh..tak lar.. PHD is a mean . perasaan hasad dengki ,,,
apa itu hasad dengki???

 
Iri hati dan hasad dengki adalah penyakit hati, di mana seseorang itu tidak mahu melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain.

KESENANGAN, kesihatan, kemewahan dan keselesaan adalah nikmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya.

Sebagaimana nikmat diperoleh ini, jangan kita lupa ada insan lain yang hidup dalam kesusahan, kemiskinan dan serba kekurangan.

Perlu diingat, setiap nikmat dan kesusahan sebenarnya adalah qada dan qadar yang ditentukan Allah kepada hamba-Nya, tidak kira dalam melebihkan atau mengurangkan nikmat diberi itu, kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba-Nya.

Namun, perlu diingat, dalam keadaan kehidupan yang tidak sama ini, akan timbul sifat iri hati dan dengki dalam diri manusia.

Iri hati dan hasad dengki adalah penyakit hati, di mana seseorang itu tidak mahu melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain.


Hasad dengki lahir daripada perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah. Sifat ini tidak mengenal sempadan pertalian, di mana ia punca hubungan kekeluargaan yang rapat menjadi renggang, sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak sehaluan, semua ini disebabkan perasaan hasad dengki.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api membakar kayu api.” (Riwayat Al- Imam Ibnu Majah)

Islam sendiri secara jelas melarang keras umatnya bersifat dengki kerana ia boleh memakan diri serta mendatangkan kesan buruk.

Lazimnya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram, sebaliknya sentiasa runsing dan resah gelisah, apatah lagi apabila melihat orang dicemburui itu semakin bertambah senang.

Lain halnya keadaan seseorang yang mengharapkan nikmat sama yang ada pada orang lain dan tidak pula ia bercita-cita melenyapkan nikmat itu, sebaliknya ia berniat dan berusaha untuk mencapainya.


Ada pelbagai cara bagi mencegah dan mengubati sifat dengki ini, antaranya:

1. Hendaklah mengawasi diri dan menyedari bahawa penyakit hasad dengki boleh merosakkan diri.

2. Mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah dalam apa juga keadaan dengan mengakui Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang baik untuk hamba-Nya.

3. Apabila melihat orang lain memperoleh nikmat atau kelebihan, kita hendaklah mengakui mereka memperolehnya dengan hasil usaha dilakukan dan mendapat keredaan dan perkenan Allah.

4. Tanamkan sifat ingin berusaha dengan rajin bekerja, berikhtiar untuk mencari rezeki.

5. Jangan kita membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi keadaannya kerana ia adalah rezeki yang ditentukan oleh-Nya dan Allah tidak menyukai hamba-Nya yang tidak tahu bersyukur dengan sedikit nikmat yang diberi.
6. Sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat hasad dengki selain dimurahkan rezeki kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang tidak mahu berdoa kepada-Nya.

7. Berzikir dan sentiasa memohon keampunan kepada Allah dengan beristighfar kerana manusia yang diampunkan Allah akan memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangkanya selain ganjaran pahala yang besar.

Oleh itu, jangan kita iri hati dan berhasad dengki apabila melihat orang lain mendapat lebih kesenangan kerana sudah dinyatakan bahawa Allah tidak akan memberi serta mengurangkan sesuatu pada hamba-Nya kerana Dia (Allah) lebih mengetahui setiap hikmah di sebalik kurniaan-Nya.

Ini berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentu mereka akan melampaui batas di muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura, ayat 26)

 

Dalam berblog ni, ana perhatikan ada juga orang-orang yang DENGKI sesama sendiri kan. Ana malas nk sebut siapa kan. Tapi kalau ada yang terasa ana mintak maaf la banyak-banyak. Bukan niat nak hentam kamu semua. Tapi sekadar nak luahkan apa yang ana rasa je.

 
ana tak tau la apa tujuan mereka tu berblog. Nak cari kawan ke, nak carik musuh? Mereka ni pantang tengok orang lain lagi bagus, lagi ramai follower, lagi ramai visitor, mula la wujud perasaan hasad dengki dan cemburu mereka.
 
Mereka ni pon aa tengok selalu menempel kat blog-blog retis. Umpama menumpang glamer blogger tu la lebih kurang gitu. Dengan menumpang kat belog-belog retis ni, secara tak langsung mereka akan dapat la tempias glamer si retis tu. Budget dapat nama la tu. Dalam entry, sikit-sikit sebut nama retis tu, sikit-sikit kredit kt retis tu, sikit-sikit nk puji-puji retis tu. Kadang-kadang sampai mengampu dan mengipas si retis tu. Ingat kita ni pembaca tak tau. Penat ana dengan orang-orang macam ni.
 
Kalau dulu mereka selalu lepak belog kita, tp bila mereka tengok kita lebih sikit dari segala segi, confirm mereka takkan datang lagi dah kat belog kita tu. kalau datang pon, mesti rasa terpaksa sebab taknak tunjuk sangat yang mereka sedang 'berbulu' dengan kita. Hish nape la ade rasa mcm tu.

 
Kepada blogger semua, kita dalam berblog ni jangan la ade perasaan hasad dengki ni. Berblog biar ikhlas, biar ada tujuan.... =)

Terima Kasih Kerana Membaca!!

2 comments:

putriyzaalovings said...

assalam....suka sangat ilmu ni n muhasabah bersama....moga hati kita jauhkn lh dr sifat cemburu akan rezeki atau kelebihan orng lain dan pd kak riza kita ni wajib bersyukur atas segala nikmat pemberian buat kitamsuami anak ank semua....tidak kira kecil atau besar.....bersyukur sangat.bukan nak menang atau nak tengok org kalah.....wallahua'lam

putriyzaalovings said...

assalam....suka sangat ilmu ni n muhasabah bersama....moga hati kita jauhkn lh dr sifat cemburu akan rezeki atau kelebihan orng lain dan pd kak riza kita ni wajib bersyukur atas segala nikmat pemberian buat kitamsuami anak ank semua....tidak kira kecil atau besar.....bersyukur sangat.bukan nak menang atau nak tengok org kalah.....wallahua'lam