Jom Follow!

Tuesday 21 February 2012

BOSAN DAN MENGANTUK DI DALAM KELAS ?

Assalammualaikum..kaifa halukum ukhti wa akhi ??? =)
Alhamdulillah kalau sihat..
ok... semalam ada orang tanya ana ..macam mana nak hilangkan bosan dan mengantuk di kelas??



Anda mesti pernah rasa bosan waktu belajar di dalam kelaskan? Hah, jangan nak menipu, mengaku sajalah…Tak kira kamu masih lagi pelajar sekolah atau sudah pun melanjutkan pelajaran di IPT, perkara begini tidak akan lari dari dalam diri kita. Yelah, kena pula subjek yang dipelajari bukanlah subjek yang kita minati. Boleh jadi juga cikgu, lecturer atau instructor yang mengajar kita tidak pandai melawak atau menghidupkan suasana belajar yang baik menyebabkan kita sendiri berasa bosan setiap kali dia masuk ke kelas dan mengajar. 



Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja
memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.


    Kalaulah ana bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, ana pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.

    Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.


 
    

Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.
 
   

 Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-( Ini satu perkongsian yang positif....)

 
    

1. Bina sikap yang positif.
        Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

    2. Persediaan minda.
        Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
        ana mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, ana yakin ana juga boleh berjaya.

    3. Persediaan perasaan.
        Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

    4. Persekitaran yang sesuai.
        Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

    5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
        Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.


Selain itu,,Ini juga satu perkongsian....tetapi secara negatif lahkan...


1. duduk di belakang.
 kita mudah bosan bila duduk depan sebab asik tengok muka yg sama iaitu lecturer. kadang2 rasa menyampah pon ada. kalau cun cam balak or awek korea takpe gak.
 bila duduk belakang ruang lingkup pemandangan anda lebih luas drp anda duduk di bahagian hadapan. maka, sekiranya anda bosan pandang depan, pandalah ke kiri atau ke kanan. kalau tu pon bosan, alihkan ke sisi atau ke bawah.

 
 

2. bawa laptop/ komik/ sudoku
 semua perkara di atas dapat mengelakkan rasa nak tido bila anda dalam kelas. kerana anda boleh berchatting, surf internet, etc... (ana pon penah juga bawa novel..sampai kena rampas...hikhikhik)


 

3. lukis gambar guru
anda boleh melatih diri anda melakar wajah lecturer anda yg sedang membebel kat depan dgn menggunakan pensil dan buku nota anda. ini juga merupakan cara2 utk mencantikkan lagi notes anda...

4. tak perlu ke kelas
 dah tau ngantuk, tido je la kat rumah... kan senang. tak perlu ana taip tips2 ni dengan susah payah...>_<
kalau anda tido kat rumah, takde la masalah tido di dlm kelas/lecture hall...insyaALLAH.....

Pilihlah jalan hidupmu...nak yang positif atau nak yang negatif....pilihlah warna hidupmu...nak yang putih atau yang hitam....

ada dua cara yg lagi senang...

#andai kata mengantuk dalam kelas, berdirilah....sure ngantuk hilang...sebab macam mana nak tidur tengah berdiri...tp jika ada yg boleh tidur time berdiri tu tak tahulah....hehehe
tp ana dah jumpa dah org yang boleh tidur time diri..classmate ana taun lepas sendiri

#ORANG YG MAKAN TIDAK AKAN TIDUR...
CUBALAH MAKAN GULA2 KER,,,jGN MAKAN NASI SUDAHLER SEMASA BELAJAR..dah melampau tu... :DD amaran: makan gula2 dlm kuantiti yg banayak membahayakan kesihatan"beringat sebelum kena"

seorang murabbi kat skola kawan ana, jika ada yang minta izin utk minum air..
beliau akan menjawab
"jika antum nak makan nasi pun, mualimah benarkan" ^^
paling senang pun tak payah la susah2 nk gi belajar,dok bawah ketiak mak ajer....hehehe (gurauan sahaja ) ini sahaja coretan ana.. selamat beramal..

p/s :
"Jadilah yang tebal itu IMAN,yang nipis itu LIDAH,yang tajam itu AKAL,yang lembut itu HATI,yang ringan itu SOLAT,yang halus itu ILMU dan yang manis itu SENYUMAN..."

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: