Jom Follow!

Friday 10 February 2012

‎ HIKMAH BISMILLAH



Setiap pekerjaan yang kita lakukan kerana Allah Subhanahu wa ta’ala itu adalah menjadi arah tujuan yg dapat mengawal diri kita di sepanjang perjalanan menjejaki kerjaya kita.

Bekerja kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala juga merupakan tujuan, matlamat dan motivati atau penggerak utk memperbaiki apa yg menjadi keperluan kita. 
Maka dengan itu kita telah diajar agar setiap satu pekerjaan yg kita hendaklah lakukan mulailah dengan membaca BISMILLAH.

“SETIAP PERKARA PENTING YG TIDAK DIMULAKAN DGN BISMILLAH, MAKA PERKARA ITU AKAN TERPUTUS”
Riwayat Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Hiban dan Ibn Majah di dalam Sahihnya drpd Abu Hurairah.

Terputus daripada tujuan asal yg baik. Terputus daripada Allah subhanahu wa ta’ala umpama layang-layang yg terputus tali yg jatuhnya entah ke mana.

Itulah hikmah memulakan setiap pekerjaan dgn lafaz BISMILLAH. Agar setipa kerja, kita krjakan dgn sedar apakah tujuannya. BEKERJA KERANA ALLAH, KERANA DIA YG MAHA ESA.!

Wallahua’lam.

Terima Kasih Kerana Membaca!!

No comments: